Beberapa kepingan serpihan yang ditemui di Madagascar, dipercayai bahagian daripada sebuah pesawat telah diserahkan kepada Pasukan Penyiasatan Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia bagi MH370 semalam.
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dalam kenyataan hari ini berkata antara barang yang diserahkan oleh seorang warga Amerika Blaine Gibson itu ialah panel penstabil dengan stensil 'No Step', penutup enjin dengan logo Rolls-Royce dan panel sarang lebah gentian kaca.
"Serpihan itu akan dihantar untuk pemeriksaan dan analisis bagi menentukan sama ada ia daripada pesawat penerbangan MH370," kata DCA.
Penerbangan MH370, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang dari radar tidak lama setelah berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.
Kapal terbang itu masih belum ditemukan walaupun operasi pencarian besar-besaran telah dijalankan di selatan Lautan Hindi, tempat di mana penerbangan pesawat itu berakhir selepas melencong dari laluan asalnya.
Pasukan Penyiasatan Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia bagi MH370, yang diketuai seorang ketua penyiasat telah ditubuhkan untuk menyiasat kehilangan pesawat itu yang terdiri daripada 19 rakyat Malaysia dan tujuh wakil bertauliah daripada tujuh pihak berkuasa keselamatan dari tujuh negara.
DCA dalam kenyataan itu berkata adalah penting untuk diambil perhatian bahawa pada ketika ini tidak dapat disahkan sama ada serpihan itu daripada MH370.
"Oleh itu adalah amat penting bagi pengesahan mengenai barang-barang itu dijalankan oleh pakar-pakar," katanya.
DCA berkata Polis Diraja Malaysia pada masa yang sama telah mengambil barang-barang peribadi yang dikumpulkan Gibson dari lokasi yang sama untuk tujuan pemeriksaan.
"DCA ingin mengucapkan penghargaan kepada Encik Blaine Gibson atas usahanya dalam mendedahkan penemuan itu dan kerjasama yang diberikan dalam perkara ini.
"Kami juga berharap sesiapa yang menemui apa-apa bentuk serpihan atau barang peribadi yang mungkin ada kaitannya dengan MH370 supaya menyerahkannya kepada pihak berkuasa berkenaan di negara masing-masing," katanya.
DCA berkata ia akan memberikan makluman terkini pada bila-bila masa ia menerima sebarang maklumat baharu.
Bernama
Wed Jul 20 2016
Antara barang yang diserahkan oleh seorang warga Amerika Blaine Gibson itu ialah panel penstabil dengan stensil 'No Step', penutup enjin dengan logo Rolls-Royce dan panel sarang lebah gentian kaca. -Gambar fail
Pembuat roti Perancis pecahkan rekod dunia baguette terpanjang
Rekod roti Baguette terpanjang di dunia dirangkuli oleh negara Perancis setelah sekian lamanya dipegang oleh negara Itali selama lima tahun.
Pusat rawatan TH di Mekah dapat kelulusan permit
Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah menjadi antara pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama yang mendapat kelulusan permit atau Tasreh daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk pembukaan dan pengoperasian hospital bagi musim haji kali ini.
Kos sara hidup: Ambil langkah perkukuh jaringan keselamatan sosial
Bergerak ke hadapan, negara juga perlu mengambil langkah dalam memastikan kemasukan FDI berkualiti yang boleh mewujudkan pekerjaan berkualiti dan menawarkan gaji yang kompetitif.
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La pada Sabtu, di mana beliau merancang untuk bertemu Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin.
Kecerdasan Buatan: Sedar risiko, terap ciri kemanusiaan di peringkat awal
Anak muda khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia perlu mempertimbangkan segala aspek termasuk risiko, sebelum membuat keputusan meneroka bidang teknologi baharu.
Permohonan fasa pertama ditutup, 50,000 baucar ditebus
Permohonan e-baucar buku bagi fasa pertama ditutup dengan 50,000 baucar berjaya ditebus selepas lapan jam permohonan dibuka, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Padah buat aksi 'Superman', polis tahan tiga mat rempit
Membuat aksi meniarap seperti ‘superman’ membawa padah kepada tiga lelaki apabila ditahan Polis Pulau Pinang dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Pulau Pinang pada Sabtu.
[TERKINI] Bekas Datuk Bandar ditahan terima rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang bekas Datuk Bandar kerana disyaki menerima rasuah lebih RM1 juta.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Jun 2024.
Anak Angelina Jolie dan Brad Pitt buat permohonan rasmi gugur nama bapa
Shiloh Nouvel Jolie-Pitt menyerahkan petisyen untuk menukar namanya kepada Shiloh Nouvel Jolie.
Polis terima laporan dakwa terlihat pesawat terjunam ke dalam laut di Tanjung Bungah
Polis Pulau Pinang mengesahkan menerima laporan daripada orang awam yang mendakwa ternampak sebuah pesawat ringan terhempas sebelum terjunam ke dalam laut di Tanjung Bungah.
MAB berjaya ketepikan saman berhubung MH370
Berikutan keputusan itu, MAB kini tidak lagi merupakan defendan dalam saman yang difailkan pada 3 Mac 2016 oleh para waris 32 penumpang.
Tun M percaya kerosakan disengajakan, DCA tidak boleh pastikan dakwaan sabotaj
DCA masih tidak boleh memastikan punca masalah pesawat yang sepatutnya dinaiki Tun Dr Mahathir Mohamad untuk ke Langkawi pada Jumaat disabotaj atau sebaliknya.
Kapal cari MH370 'hilang' dari radar? Tunggu kenyataan Ocean Infinity - Azharuddin
Tiada apa yang baharu daripada pertemuan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman dengan pengendali Seabed Constructor di Perth, Australia.
Dakwaan penemuan baharu MH370 bakal terjawab esok?
Azharuddin berada di Perth untuk berjumpa pengendali operasi Ocean Infinity (OI) serta dua anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM).
Tiada kelulusan DCA bagi aktiviti SeaPlane@Putrajaya - KP
AOC yang dikeluarkan oleh ketua pengarah DCA merupakan syarat bagi mana-mana operasi pesawat melibatkan pengangkutan penumpang bagi sewaan atau ganjaran.
Bukan semua dron perlu kelulusan DCA
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memperjelaskan bahawa bukan semua dron atau kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) perlu mendapatkan kelulusan jabatan itu sebelum ia diterbangkan.
Pesawat ringan terhempas tidak dapat kebenaran terbang - Polis
Pesawat ringan yang terhempas di Sungai Mati di sempadan Melaka dan Johor tidak mendapat kebenaran untuk terbang daripada DCA.
Pesawat terhempas di Sungai Rambai tiada kebenaran terbang - Polis
Pesawat ringan GT500 yang terhempas ke dalam sungai di Sungai Rambai, Melaka pagi semalam tidak mendapat kebenaran terbang dari Jabatan Penerbangan Awam (DCA).
Pesawat terhempas di Sungai Rambai, juruterbang maut pembantu cedera parah
Seorang maut manakala seorang lagi parah selepas sebuah pesawat ringan terhempas ke dalam sungai di Sungai Rambai, Melaka.